Powered By Blogger

Friday, May 23, 2014

Tanah Yang Suci

Aku duduk sendirian diri,
Sambil mengesat air yang bercucuran ini,
Kerana merindui kota ini,
Menyemak lembaran sirah Nabi,
Betapa bumi ini amat suci,
Hingga menggamit jutaan hati,
Menapakkan kaki di lembah ini.

Dalam hayat sesingkat ini,
Tuhanku mewajibkan setiap jiwa pergi,
Walaupun hanya cuma sekali,
Tetapi masih ramai gagal menyedari,
Wang diberi dibawa lari ,
Ke denai dan lembah yang tidak wajib dijejaki,
Amatlah jelek orang sebegini,
Dinar diberi tidak membawanya ke Tanah suci.

Bumi yang barakah ini tiada istimewanya,
Tiada tumbuhan hijau memayunginya,
Hanya Sahara bertukar dengan izinNYA,
Kerana DIA ingin manusia pergi menghadapNYA,
Dengan hati tulus bersimpuh padaNYA,
Disebabkan limpahan kurniaNYA,
Mata yang berlabuh disana,
Pasti berkaca kerana keberkatanNYA.

Apabila insan berpijak disana,
Maka akan terbayanglah segala peristiwa,
Hikayat para rasul yang amat mulia,
Dan perjuangan sahabat menegakkan syiarNYA,
Disebabkan jasad mereka bersemadi di sana,
Ramai tertaut utk ke sana,
Bagi melihat kesan yang ada,
Betapa sukar memperjuangkan agama yang mulia,
Semoga mereka sentiasa dirahmatiNYA.

Ya Allah diri ini rindu untuk ke sana,
Izinkan kaki yang dhaif ini berlabuh walaupun seketika,
Betapa cemburu menatap insan lain melangkah ke sana,
Ingin sekali diri ini bersujud dihadapan kaabah yang dibina,
Juga ingin menitipkan selawat dan rindu,
Buat Nabi junjungan mulia,
Harapanku moga KAU memanggilku ke sana,
Pada suatu saat nanti,
Sebelum aku kembali bertemuMU di barzakh nanti.

Al Fakir hu Illa wallah ,

Aslym Faiz

Selasa (20140520) 5.00 PM

No comments:

Post a Comment