Powered By Blogger

Monday, April 18, 2011

Tuhan Suruh Umat Muhammad Insaf ( TSUNAMI)

Baru -baru ini kita digegarkan lagi mengenai bencana Tsunami yang  telah melanda sebuah negara yang cukup hebat dengan teknologinya iaitu negara Jepun  . Bagaimana perasaan kita apabila kita apabila mendengar sebuah negara yang cukup hebat dari segi teknologinya boleh dimusnahkan oleh gelombang Tsunami yang cukup hebat ini . Mungkin kita boleh berbangga dengan segala teknologi yang hebat ini tetapi mungkin juga disebalik kehebatan pencapaian teknologi itu kita lupa berkenaan pencipta di sebalik pencipta teknologi itu .Siapakah pencipta di sebalik pencipta teknologi itu ? Tidak lain dan tidak bukan ialah Allah s.w.t. tuhan pemilik alam ini . Kenapakah agaknya semenjak akhir - akhir ini terlalu banyak bencana - bencana alam menimpa kita ? Apakah kita telah menghitung mungkin di sebabkan dosa - dosa dan maksiat yang kita lakukan telah mengundang kemurkaan Allah s.w.t. atau mungkin juga kerosakan - kerosakan yang telah kita lakukan di atas bumi ini terlalu banyak seperti firmanNya :

"Kerosakan telah nampak di darat dan di laut kerana tangan-tangan manusia sendiri mengusahakan, supaya Dia merasakan kepada mereka sebahagian daripada apa yang mereka buat, supaya mereka kembali." (30:41)

Pernahkah kita cuba memikirkan kenapa agaknya bencana - bencana alam kerap berlaku sejak akhir - akhir ini walaupun berbagai - bagai sistem amaran untuk mengesan Tsunami  dipasang tetapi ternyata kita masih tidak mampu untuk melawan gelombang yang cukup hebat ini . Mungkin juga kita terlupa dan terlalu asyik mengejar nikmat dan gelombang teknologi sehingga kita lupa untuk meningkatkan keimanan dengan mensyukuri segala apa yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. Mungkin juga kita telah mengundang kemurkaan Allah s.w.t. disebabkan oleh maksiat - maksiat yang telah kita lakukan . Seperti FirmanNYA dalam surah Al-A'raf ayat 133 :

"Telah Kami kirimkan ke atas mereka (umat Nabi Musa) ribut taufan, belalang, kutu, katak dan darah, sebagai tanda yang cukup jelas keingkaran mereka terhadap ajaran Nabi Ibrahim, mereka menyombong diri dan sesungguhnya mereka adalah golongan penjenayah (yang melakukan kerosakan di muka bumi)'"

Ingat dan kembalilah ke jalan Allah dengan melakukan segala suruhanNYa dan meninggalkan segala laranganNYA . Insaf dan hisablah di atas segala kesilapan dan dosa - dosa kita yang kemalrin serta janganlah kita terlalu sombong dengan segala pencapaian kita dengan mengenepikan Sang Pemilik Alam ini bertaubatlah dan mohonlah keampunan dariNYA . 



Monday, April 11, 2011

Body Mass Index ( BMI ) V.S. Body Mass Iman ( BMI )


( BMI ) . Apakah yang dimaksudkan dengan BMI ini secara saintifiknya . Dari sudut sains BMI boleh diertikan sebagai ukuran statistik terhadap skala lemak badan berdasarkan kepada tinggi dan berat ideal.Tujuannya adalah untuk mengetahui sama ada ideal atau tidak berat badan kita mengikut ketinggian kita berdasarkan skala tertentu . Walaubagaimanapun memang inilah yang menjadi idaman setiap di antara kita bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan yang baik disamping dapat mengelakkan kita dari mempunyai berat badan yang melampau yang dikenali sebagai obesiti . Obesiti akan menyumbang kepada gejala penyakit yang lain seperti sakit jantung . Mengekalkan berat badan yang ideal juga dapat menjamin kesasaan yang menjadi idaman setiap lelaki untuk kelihatan lebih maskulin ditambah dengan membuat senaman dan sebagainya . 

Persoalannya di sini anda mungkin kelihatan sasa pada zahiriah sahaja tetapi bagaimanakah kesasaan dari segi batniyah atau 'spiritually' . Dalam erti kata lain sudahkah anda mengukur Body Mass Iman ( BMI ) anda .Antara faktor yang perlu diambil kira sebelum memulakan pengiraan Body Mass Iman anda ialah :
  1. Pertama sekali sudahkah anda menunaikan solat dengan penuh istiqamah ?
  2. Bagaimana pula dengan solat anda adakah ia penuh dengan ihsan dan tawaduk ?
  3. Selain itu ,  adakah anda telah mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi segala-galanya ataukah ia hanya satu pengungkapan di dalam syahadah semata-mata sahaja dan tidak terkesan di hati ?
  4. Apakah anda telah mengasihi sesama manusia bertemu dan berpisah kerana Allah s.w.t. ?
  5.  Adakah anda tidak merasa gentar dengan amaran - amaran Allah s.w.t. mengenai azab siksaan neraka dan kenikmatan yang bakal dikecapi oleh penghuni syurga ?
 Jika anda berjaya menjawab segala persoalan ini semestinya anda telah lulus dalam pengiraan Body Mass Iman anda . Dimanakah agaknya skala anda 5/5 atau hanya 1/5 sahaja ? Jika anda berada di skala 5/5 bermakna anda sudah mempunyai Body Mass Iman yang ideal .Andai kata skala anda hanya 1/5 sahaja anda boleh mencuba tips ini :

  1. Baca quran dan fahami maknanya
  2. Solat malam dan bermunajat padaNYA
  3. Duduk bersama orang2 soleh
  4. Banyakkan berpuasa sunat
  5. Berzikir setiap waktu dan keadaan
Adakah anda mampu untuk melaksanakan tips ini??Jika tidak mampu cubalah sedikit demi sedikit dengan berterusan dan penuh istiqamah. Janganlah berputus asa jika anda tidak mampu untuk mencapai Body Mass Iman yang ideal kerana peluang untuk medapatkan Body Mass Iman yang ideal ini sentiasa terbuka selagi mana kita belum dijemput oleh Sang Pencipta .Janganlah hanya ingin kelihatan cantik dan mempunyai Body Mass Index yang baik sahaja sedangkan Body Mass Iman kita hanya boleh diumpamakan bagai kapal dipukul ombak sekejap ke tepi dan sekejap ketengah . Mulakan perubahan hari ini dan lihatlah hasilnya di akhirat sana .


Saturday, April 2, 2011

Dalam tak sedar kita dah mensyirikkan Allah

Pada Era Globalisasi ini begitu ramai yang  tidak sedar bahawa secara tidak langsung  mereka telah menyekutukan Allah S.W.T. dengan  mempercayai Ramalan - Ramalan misalnya Rahsia Tarikh Lahir , Rahsia Tahi Lalat , Rahsia Kumpulan Darah , Rahsia Tarikh Lahir Pasangan , Rahsia Mata Wanita  dan berbagai -bagai lagi aplikasi yang terdapat di laman sosial seperti Facebook .Hal ini amatlah membimbangkan dan membuatkan  aku terpanggil untuk menegur mereka yang terlalu taksub dengan perkara - perkara sebegini .  Baru-baru aku telah mendengar ceramah dari Ustaz Mohd Kazim Elias . Beliau telah menyatakan haram hukumnya mempercayai perkara seperti Rahsia Tarikh Lahir ini . Hal ini kerana Allah S.W.T. telah berfirman dalam Surah Luqman ayat 34 :

Maksudnya : Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat) dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi PengetahuanNya.

Sedarlah bahawa yang menentukan dan mengetahui segala sesuatu itu hanyalah Allah S.W.T. .Dialah yang menciptakan kita dan dialah juga yang berhak memberi sesuatu kebaikan atau pun memberi sesuatu mudharat kepada mereka yang diikehendaki oleh-NYA . Kita sebagai manusia juga tidak berhak untuk menilai seseorang berdasarkan pemerhatian karakter dan sebagainya  . Hal ini kerana manusia mampu berubah dan telah dijelaskan oleh Allah S.W.T. dalam firman-NYA :NYe


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"  Surah Ar-Ra'd (ayat 11)


Janganlah dipandang remeh perkara - perkara sebegini kerana mempercayainya boleh membawa kepada mensyirikkan Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T. dalam Surah An-Nisa '  Ayat 48 yang bermaksud :


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar ."


Buat mereka yang terlibat dan mempercayai kepada Rahsia - Rahsia seperti Rahsia Tarikh Lahir dan sebagainya bertaubatlah dan mohonlah keampunan dari Allah S.W.T. sebelum terlambat . 


Ikuti penjelasan lanjut dari Ustaz Mohd Kazim Elias melalui link ini :
http://www.facebook.com/video/video.php?v=127581067313478&oid=125074957541518&comments

Friday, April 1, 2011

DAMAIKAH SOLATKU

Aku berniat sambil bertakbir ,
Menyahut seruan panggilan agung ,
Mengakui kebesaran dalam iftitah ,
Buat menagih ketenangan diri .

Al-Fatihah pembuka bicara kasih ,
Disambung dengan bacaan lain ,
Rukuk dilaksana bukti ketundukan ,
Buat mencari kedamaian diri .

Aku bersujud mengadu kehinaan ,
Mengenang kembali kekurangan diri ,
Diteruskan dengan duduk antara dua sujud ,
Buat memohon kemampunan illahi .

Sujud kembali menghambakan diri ,
Menitis jernih air suci ,
Takutkan noda tiada terperi ,
Bimbang tidak diampun illahi .

Tahiyyat mengaku Allah satu ,
Muhammad pesuruh kekasih illahi ,
Selawat buat Muhammad dan Ibrahim ,
Serta buat kaum kerabatNya .

Selesai Tahiyyat mula berdoa ,
Tertanya adakah hadirnya hati ,
Dalam solat penuh kekurangan ,
Takut tidak diterima Illahi .

Butir jernih mengalir di pipi ,
Mengenang nikmat yang diberi ,
Tapi masih tidak mengenal diri ,
Alpa dan leka tak kenal budi .

Al Fakir hu Illa wallah ,

Aslym Faiz