Powered By Blogger

Friday, May 23, 2014

Buat Ahmad Ammar

Wahai Ahmad Ammar,
Kau telah pergi beberapa bulan yang lalu,
Begitu pantas masa berlalu,
Syahid dalam kembara dakwahMu,
Semoga Tuhan sentiasa merahmatiMu.

Wahai Ahmad Ammar,
Kau pergi menemui RabbMU,
Kerana mengangkat sunnah RasulMU,
Dakwah itu sunnah yang diikut olehMu,
Mudah-mudahan mendapat syafaat RasulMU.

Wahai Ahmad Ammar,
Syahid telah mengangkat namaMu,
Menjadi bualan generasi kini,
Walau sebelum ini kau tidak dikenali,
Kini menjadi inspirasi sanubari.

Wahai Ahmad Ammar,
Aku cemburu pada diriMu,
Bidadari tersenyum menantiMu,
Burung-burung syurga berkicau buatMu,
Syurga pasti tempat bersemadiMu.

Al Fakir hu Illa wallah ,

Aslym Faiz

Sabtu ( 20140419 ) 10.42 PM

No comments:

Post a Comment