Powered By Blogger

Friday, May 23, 2014

Coretan Buat Guru

Guru itu manusia mulia,
Mendidik insan daripada yang buta,
Kepada tahu membaca dan mengira,
Berkat kesabaran mendidik insan biasa,
Hingga menjadi proffessor dan pembesar negara.

Guru itu insan terpuji,
Memberi ilmu buat diri yang dhaif ini,
Mengajar erti kehidupan ini,
Daripada insan tidak mengerti apa-apa,
Menjadi insan yang mengetahui segalanya.

Guru itu pekerjaan yang luas,
Daripada guru tadika hingga ke proffessor universiti,
Daripada Ustaz yang mengajar Alif Ba Ta hingga ke pendakwah terkenal negara,
Tetapi janganlah kita semua lupa,
Guru yang termulia dikalangan kita,
Rasulullah SAW sebaik-baik pendidik buat kita.

Guru itu banyak sekali,
Tetapi yang ikhlas sedikit sekali,
Banyak juga yang ikhlas tidak dapat dinafi,
Ada yang hanya mengajar kerana wang dan pangkat semata,
Kerana itu penyampaian hambar kadangkala,
Tetapi yang ikhlas dengan pengajarannya,
Melahirkan insan yang berjasa kepada agama,bangsa dan negara.

Guru itu mudah dicari,
Tetapi yang bergelar murrabi,
Sedikit sahaja dapat dijumpai,
Kerana guru yang bergelar murrabi ini,
Dapat menghidupkan jiwa insan yang telah mati,
Disebabkan kekeringan akhlak yang terpuji,
Murabbi diperlukan bagi mengubah hati insani,
Yang selebihnya hanya bergelar mualim,
Mendidik insan didalam kelas semata,
Tetapi juga berjasa kepada pembangunan negara.

Wahai para murid dan pelajar,
Hormatilah semua guru anda,
Mereka mengajarmu menjadi insan berguna,
Agar kau berjaya dihari muka,
Walaupun dia hanya guru tadika semata,
Tanpanya anda tidak kemana-mana,
Tidak mampu menjadi insan sempurna,
Yang berguna pada agama bangsa dan negara.

Wahai para guru yang pernah membimbing kami,
Maafkan anak didikmu andai pernah menguris hati,
Halalkanlah ilmu yang telah anda beri,
Doa kami sentiasa bersama anda,
Di dalam sujud panjang kami,
Semoga anda sentiasa bahagia,
Dimana sahaja anda berada.

Ya Allah rahmatilah para guru kami,
Tidak kira siapa mereka disisi kami,
Mereka telah mengajar dan membimbing kami,
Berikanlah mereka pahala berpanjangan walaupun ada yang telah pergi,
Dengan segala ilmu yang diamalkan oleh kami,
Mudah-mudahan syurga destinasi mereka nanti,
Kasihilah mereka wahai Rabbi.

Al Fakir hu Illa wallah ,

Aslym Faiz

Jumaat (20140516) 12:35 AM

No comments:

Post a Comment