Pada masa kini terlalu banyak berita-berita palsu yg dihantar melalu pesanan ringkas Sms mahupun laman sosial seperti Facebook.Mesej yg disampaikan disetiap hujung penulisan tersebut selalu menyatakan yang kononnya jika tidak disebarkan seseorang akan ditimpa musibah atau jika disebarkan seseorang akan memperolehi rezeki yang banyak dan sebagainya.Baru-baru ini muncul pula surat yang kononnya penjaga makam Rasullalah S.A.W. menyatakan bahawa Rasullalah telah datang didalam mimpi beliau dan memberitahu sesuatu kepada beliau dan kononnya Sheikh Ahmad Maeine telah menulis wasiat untuk disebarkan dan dicetak kepada kaum muslimin yang lain dan contoh surat tersebut boleh saudara sekalian ikuti didalam link ini :
http://labbaik.multiply.com/photos/hi-res/7/2?xurl=%2Fphotos%2Fphoto%2F7%2F2
Perincian dan penjelasan surat ini oleh Syeikh Yusof Al-Qadharwi bolehlah saudara ikuti melalui link di bawah ini :
http://labbaik.multiply.com/journal/item/9
Ingatlah wahai saudaraku sekalian bahawasanya dalam surah Al-Ma'idah Allah S.W.T. telah berfirman yang bermaksud "Hari ini aku telah sempurnakan agamamu (Islam) dan aku sempurnakan ke atasmu nikmat-ku serta aku redho islam sebagai agamamu " .Oleh itu sebarang sumber yang tidak datangnya dari Al-Quran dan Hadis Rasullah S.A.W. hendaklah diselidik dan dikaji terlebih dahulu agar kita tidak mudah terpedaya dengan segala tipu daya dan fitnah yang sedang berleluasa di akhir zaman ini.
Yang Benar ,
Hamba yang Kerdil

No comments:
Post a Comment