Sunday, November 27, 2011
Di Saat Matahari Senjengkal Di Atas Kepala
Saturday, November 26, 2011
Agungnya Penghijrahanmu Wahai Rasulullah
Hijrah dari sudut bahasa bererti perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain, manakala dari istilah syarak bererti perpindahan Rasulullah S.A.W. dan para sahabat dari Kota Mekah ke Kota Madinah . Betapa agungnya penghijrahan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. dan para sahabat baginda . Penghijrahan baginda S.A.W. dan para sahabat mengandungi banyak hikmah yang boleh diambil pengajaran .
Antara hikmah yang terdapat di dalam penghijrahan baginda ialah yang pertama saat Rasulullah S.A.W. sampai di kota Madinah ketika disambut oleh penduduk Madinah dengan selawat baginda pun berkhutbah diatas unta Milik baginda S.A.W..Antara pesanan baginda ialah menyeru umat manusia untuk "menyebarkan salam" sesama Umat Islam . Hal ini kerana dengan menyebarkan salam telah menyebabkan kesatuan di antara Kaum Muhajirin dan Ansar.
Seterusnya ,baginda juga berpesan supaya "menjamu orang lain untuk makan" . Hal ini kerana dengan menjamu orang lain makan akan menyebabkan tersambungnya silaturrahim sesama Islam . Selain itu , baginda juga berpesan kepada umat manusia untuk "menyambung silaturrahim"..Hal ini kerana dengan menyambung silaturrahim telah berjaya membuatkan negara islam Madinah menjadi maju setelah beberapa tahun penghijrahan Rasulullah S.A.W. dengan para sahabat .
Pesanan baginda S.A.W. yang keempat ialah baginda menyeru umat islam untuk bangun "menunaikan solat di sepertiga malam".Sesungguhnya solat di sepertiga malam terdapat banyak faedah kerana ia dapat memberikan peluang kepada kita untuk bermunajat dan memohon ampun serta memohon apa sahaja hajat kepada Allah S.W.T. .Hal ini juga kerana doa yang dipohon di sepertiga malam sangat mustajab kerana ada hadis yang menyatakan bahawa di sepertiga malam Allah S.W.T akan turun di langit dunia untuk mendengar rintihan hamba-hambaNYA.
Antara hikmah lain yang boleh diambil daripada peristiwa hijrah ini ialah kesatuan diantara suku Aus dan Khazraj yang mana sebelum kedatangan Rasullulah dua puak ini tidak habis-habis bermusuh-musuhan di antara satu sama lain.Mereka telah disatukan dan diberi gelaran sebagai golongan Ansar oleh Baginda S.A.W..Seterusnya , penghijrahan juga telah menyebabkan usaha dakwah Rasullullah S.A.W. dapat dipergiat kerana ketika di Kota Mekah Umat Islam ditindas oleh golongan Arab Quraish yang tidak suka dengan usaha dakwah baginda.
Akhir sekali, penghijrahan baginda S.A.W. juga telah membawa "hukum hudud".Hukum hudud yang telah dibawa oleh Rasullulah S.A.W. di Kota Madinah telah menyebabkan keamanan kepada Kota ini .Hal ini kerana sepanjang 10 tahun baginda memerintah Madinah hanya cuma terdapat dua kes kecurian sahaja. Subhanallah bertapa agungnya hukum yang di bawa oleh Rasulullah S.A.W. sehingga hampir tidak ada kes jenayah selama 10 tahun baginda memerintah.
Friday, November 11, 2011
Indahnya Wasilul Arham Pada 11.11.11
Assalamualaikum Warahmatullah wabarokhatuh ,
Alhamdullilah segala puji bagi Allah Tuhan pemilik seluruh alam hanya dia yang berhak di sembah dan tiada yang selayakNYA disembah melainkan Allah s.w.t.. Pertama sekali penulis ingin mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t. yang memberikan kesempatan untuk menulis semula blog ini .
Bersyukur yang tidak terhingga kerana pada tanggal 11.11.11. di saat semua manusia terutamanya golongan kafir dan musyrik sedang kononnya sibuk dengan tarikh keramat ini yang penuh dengan spekulasi ada yang berkata dunia bakal mengalami kehancuran dan sebagainya , penulis diberikan kesempatan untuk dipertemukan dengan kawan penulis yang sudah 11 tahun lamanya tidak bertemu. Bertepatan dengan tarikh ini 11.11.11 dalam tak sedar rupa-rupanya dah 11 tahun penulis tidak bertemu dengan kawan penulis yang bernama Nor Shafinaz .
Subhanallah Maha Kuasanya Allah s.w.t. dunia ciptaanNYA yang Maha Luas ini tidaklah seluas mana jika kita memandangnya dari dimensi akhirat . Sejauh mana pun seseorang itu pergi akhirnya pasti bertemu jua.Alhamdullilah bersyukur aku ke hadratMU kerana mempertemukan aku dengan hambaMU yang bernama Nor Shafinaz .Terima kasihlah kepada tuan empunya facebook kerana mencipta laman sosial yang memang kadagkala membawa keburukan dari satu sudut tetapi juga membawa kebaikan dari sudut yang lain . Rupa-rupanya baru penulis tersedar bahawa facebook juga ruang untuk 'wasilul arham' atau ruang untuk menyambung silaturrahim bagi mereka yang sudah lama tidak bertemu .
Bagaimanakah pertemuan ini berlaku ?
Pertama sekali takdir tuan punya alam dengan secara tiba - tiba apabila penulis 'log in' , penulis tengok di atas sekali di laman sosial facebook penulis terdapat lambang 'one new friend request' . Seterusnya bila penulis klik di ikon 'new friend request " nampaklah seorang wanita yang bernama Nor Shafinaz mula - mula penulis malas nak approve sebab tak berapa kenal . Selapas diamati wajah wanita tersebut penulis dah mula ingat sikit-sikit lalu penulis pun 'approve'. Bila 'approve' ja terus wanita tersebut post kat wall penulis 'thanx approve aku naa'..Lepas tu penulis reply dan tanya rasa macam pernah jumpa tapi kat mana . Lepas tu dia kata kat penulis 'kita sksn lah' . Habih tu penulis dah confident sapa hamba Allah ni .
Selepas itu , penulis terus invite Nor Shafinaz masuk grup sksn '98-03' yang di lancarkan oleh penulis dilaman facebook ini.Grup sksn ni pun sebenarnya dah lama tak aktif bila Nor Shafinaz ni masuk teruih riuh-rendah dibuatnya .Akhirnya , semua pakat dok 'chatting' ramai-ramai dekat chat box grup ni sampailah pukul 3 pagi . Punyalah lama orang kata kalau boleh tak maw berenti langsung sembang kat chat box ni.
Kadang-kadang penulis berkata - kata seorang diri kalaulah tuan punya facebook ni seorang Muslim tentulah pahala dia tersangat besar kerana page yang dia cipta ni jadi medan untuk menyambung silaturrahim dan berdakwah . Mudah-mudahan pencipta laman sosial facebook ni jadi seorang Muslim .Amin.
Kepada rakan-rakan SKSN sekalian terus-terang penulis cakap penulis rindu sangat-sangat saat suka duka kita dekat SKSN .Penulis berdoa mudah-mudahan hubungan kita semua berkekalan hinggalah ke syurga . Bukan bercinta sahaja sampai ke syurga . Kalau boleh biarlah bersahabat pun sampai ke syurga .Amin .
Akhir sekali , benarlah Rasullulah s.a.w. pernah bersabda antara salah satu ciri untuk mendapat 'halawatul iman ' atau kemanisan iman ialah dua orang sahabat yang berkasih sayang kerana Allah dan pertemuan serta perpisahan mereka juga kerana Allah s.w.t..
Subscribe to:
Posts (Atom)


