Telahku peroleh segala kurniaanMU, Di setiap derap langkah kaki yang lesu,
Juga pada setiap detik saat yang berlalu,
Dan pada sepanjang hayat yang berbaki tidak berapa waktu,
Ianya datang bagai angin yang menderu,
Sehingga kadangkala ku terlupa mengEsakan namaMU.
Pangkat dan harta menyapa ku,
Sehingga membuatkan aku tersipu malu,
Ditambah dengan sihat dan muda ku,
Mampu ku berlari hingga terlupa akan PanggilanMU,
Kerana alasan ku sibuk dengan urusan dunia ku,
Bagai terlupa maut bakal bertamu tanpa mengira siapa diriku.
Rezeki itu selalu mencurah-curah buatku,
Makan dan minum hingga kadangkala tidak lalu dan jemu,
Sehingga melupakan ramai insan yang lebih susah daripada ku,
Dari gelandangan hinggalah ke mereka yang duduk dipeleseran jalan kota dan kampungku,
Apakah yang akan ku jawab disaat Tuhan menyoalku,
Tentang urusan orang yang merintih dan mengemis di sekelilingku,
Moga keinsafan selalu mengiringi setiap langkah hidupku.
Pujian itu hadir untuk mendugaku,
Suatu ujian bagi menguji keikhlasan dalam hayatku,
Apakah aku ini jujur atau hanya berpura - pura dalam melayari bahtera hidupku,
Walaupun begitu ku akui diri ini masih jauh untuk dipuji oleh insan sekelilingku,
Kerana belum pun airmata dan darah ini menitis dan mengalir dalam memperjuangkan agamaku,
Doaku moga diri ini lebih baik daripada sangkaan orang terhadapku,
Semoga Tuhan sentiasa menjaga ketulusan hatiku,
Dan menambahkan rasa syukur disetiap denyutan jantungku,
Ya Allah apakah semua ini istidraj untukku?
Al Fakir hu Illa wallah,
Aslym Faiz
Isnin(20140526)2.17 PM

No comments:
Post a Comment