Tuesday, August 12, 2014
Disebalik Renungan Mata Gaza
Tuesday, July 1, 2014
Bertamu Lagi (Ramadhan)
Setelah setahun kita tidak bersua,
Alangkah cepatnya putaran waktu,
Ku rasakan bagai semalam aku menjadi tetamuMU,
Hari ni kau bertamu lagi,
Bagi membawa Rahmat dan Maghfirah TuhanMU,
Untuk membebaskan ku dari neraka TuhanMU dan Tuhanku jua.
Oh Ramadhan aku merindui kehadiranMU,
Setiap detik kau berlalu ku berdoa moga dapat ku bertamu lagi,
Pada hari esok juga pada Ramadhan yang mendatang,
Kerana di dalamMU tidak terhitung banyaknya ganjaran yang telah disediakan buatku,
Syurga dibuka seluasnya dan neraka ditutup serapatnya,
Pengampunan yang tiada bertepi dan Rahmat yang tiada berpenghujung,
Juga Lailatul Qadar yang nilaiannya lebih baik dari seribu bulan.
Oh Ramadhan harapanku cuma satu,
Andai ini kali terakhir aku menjadi tetamuMU,
Semoga aku mendapat apa yang dijanjikan TuhanMU untukku,
Semoga ianya menjadi yang terbaik dan sempurna buatku.
Ya Allah berkatilah hari-hari ku di dalam Ramadhan ini,
Terimalah segala amalku yang serba dhaif ini,
Semoga Ramadhan ini menjadi menjadi jalan untuk aku ke syurgaMU nanti,
Harapanku agar dipanjangkan usia dan dapat menjadi tetamu Ramadhan lagi,
Beberapa tahun mendatang lagi sebelum aku kembali bertemuMU Ya Rabbi.
Al-Fakir hu Illa Wallah,
Aslym Faiz
Rabu(20140702) 7.00 AM
Tuesday, June 17, 2014
Disebalik Senyuman Para Pendakwah dan Pejuang
Yang beraneka warna,ribuan rasa,jutaan derita dan cerita,
Bagai pepasir yang dicampakkan ke muka,
Seperti batuan yang dilontarkan diatas kepala,
Lalu darah itu terus mengalir bercucuran bercampur airmata sengsara,
Betapa berat bebanan risalah yang harus dibawa,
Dan terus diperjuangkan oleh setiap yang bernama pejuang agama.
Pada setiap petah perbicaraanmu harus bersedia ditohmah dicemuh,
Pada setiap fatwamu harus bersiap dicaci dimaki,
Pada setiap patah penulisanmu harus bersiaga dibakar kitab dan bukumu,
Namun hakikatnya kau masih mampu mengukir senyum syukur diwajahmu,
Kerana kau yakin dengan setiap keringat yang jatuh disebabkan dakwahmu,
Pasti dibalas dengan kebaikan oleh Tuhanmu.
Tanpa gentar kau terus menggempur setiap jiwa dengan dakwahmu,
Walaupun ditentang oleh musuh dan seterumu,
Pantang berundur kerana syurga di dalam dadamu,
Yakin Engkau dengan janji syurga Tuhanmu,
Kata para pejuang agamaku mati syahid atau hidup mulia,
Dakwah tidak semestinya untuk beroleh kemenangan,
Yang pentingnya sampaikanlah segala seruan Allah dan Rasulmu,
Mungkin kemenangan bersamamu disaat kau telah pergi menemui Penciptamu,
Barulah mereka akan mula berfikir akan kebenaran yang diucapkan olehmu,
Teruskanlah perjuangan wahai para pejuang agamaku,
Kerana kalianlah murabbi dan inspirasiku.
Al Fakir Hu Illa Wallah,
Aslym Faiz
Ahad (20140615) 5:59 PM
Monday, June 9, 2014
Dekatnya Tuhan
Pasti insan kan rasa sendirian,
Dalam mengharungi garam kehidupan,
Yang penuh duri menikam badan,
Lukanya kan sembuh saat roh bercerai dari badan.
Hanya dengan firman Tuhan,
Insan mengetahui hakikat yang telah dijanjikan Tuhan,
Dekatnya Tuhan melebihi dekatnya urat di tenggorokan,
Kerana sabda yang dijanji Utusan Tuhan,
Hilanglah duka tika bersujud dihadapan Tuhan.
Hidup ini insan tidak pernah sendirian,
Jika insan yakin dengan hakikat kewujudan Tuhan,
Pastinya insan merasa sentiasa berteman,
Berteman disetiap saat dan juga zaman,
Sehingga insan pulang ke Taman indah yang dijanjikan Tuhan,
Kerana tegarnya mengharungi segala ruang dan jalan kehidupan,
Semoga kitakan pulang dengan tenang dipangkuan Tuhan.
Al Fakir hu Illa wallah,
Aslym Faiz
Ahad (20140608) 12:32 AM
Wednesday, June 4, 2014
SKSN 98-03
Tahun 1998 menjadi saksi,
Detik keramat pertemuan kita,
Disebuah institusi yang memberi makna,
Menjadi medan perjuangan kita,
Bagi mengejar sebuah cita-cita.
Sahabat,
Setelah enam tahun kita bersama,
Berjuang demi mencapai cita,
Meraih kecemerlangan dalam ujian yang bermakna,
UPSR detik pemisah kita.
Sahabat,
Setelah memperoleh keputusan ujian,
Ada cemerlang dan ada kecundang,
Itulah sunatullah yang dicipta Tuhan,
Bagi membuktikan siapa yang terbaik dikalangan kita.
Sahabat,
Langkah kaki kita terus bergerak,
Melangkah peringkat sekolah menengah,
Bagi meneruskan cita-cita,
Ada yang berada di sekolah cemerlang dan ada yang hanya di sekolah biasa.
Sahabat,
Satu dekad perpisahan kita,
Ada yang telah berubah wajah dan juga rupa,
Ada cemerlang dan ada kecundang bagi mencapai cita-cita,
Namun jangan pernah kecewa untuk meneruskan perjuangan yang ada.
Sahabat,
Sepuluh tahun masa yang panjang,
Terasa bagai semalam kita bersua,
Namun ada dikalangan kita yang sudah pulang menemui pencipta,
Mudah-mudahan tenang dialam sana.
Sahabat,
Andai ada ruang dan masa,
Mudah-mudahan kita dapat bersua,
Bagi terus menjalinkan ukhuwah,
Agar ikatan terus subur sentiasa.
Sahabat,
Andai tiada ruang dan masa,
Mati menjadi pemisah kita,
Mudah-mudahan bersua dialam sana,
Di syurga Firdaus destinasi kita,
Berbahagialah kita diakhirat sana.
Al-Fakir Hu Illa Wallah ,
Aslym Faiz
Khamis (20140417) 12.00 AM
Wednesday, May 28, 2014
TahajjudKu
Istidraj BuatKu
Telahku peroleh segala kurniaanMU, Di setiap derap langkah kaki yang lesu,
Juga pada setiap detik saat yang berlalu,
Dan pada sepanjang hayat yang berbaki tidak berapa waktu,
Ianya datang bagai angin yang menderu,
Sehingga kadangkala ku terlupa mengEsakan namaMU.
Pangkat dan harta menyapa ku,
Sehingga membuatkan aku tersipu malu,
Ditambah dengan sihat dan muda ku,
Mampu ku berlari hingga terlupa akan PanggilanMU,
Kerana alasan ku sibuk dengan urusan dunia ku,
Bagai terlupa maut bakal bertamu tanpa mengira siapa diriku.
Rezeki itu selalu mencurah-curah buatku,
Makan dan minum hingga kadangkala tidak lalu dan jemu,
Sehingga melupakan ramai insan yang lebih susah daripada ku,
Dari gelandangan hinggalah ke mereka yang duduk dipeleseran jalan kota dan kampungku,
Apakah yang akan ku jawab disaat Tuhan menyoalku,
Tentang urusan orang yang merintih dan mengemis di sekelilingku,
Moga keinsafan selalu mengiringi setiap langkah hidupku.
Pujian itu hadir untuk mendugaku,
Suatu ujian bagi menguji keikhlasan dalam hayatku,
Apakah aku ini jujur atau hanya berpura - pura dalam melayari bahtera hidupku,
Walaupun begitu ku akui diri ini masih jauh untuk dipuji oleh insan sekelilingku,
Kerana belum pun airmata dan darah ini menitis dan mengalir dalam memperjuangkan agamaku,
Doaku moga diri ini lebih baik daripada sangkaan orang terhadapku,
Semoga Tuhan sentiasa menjaga ketulusan hatiku,
Dan menambahkan rasa syukur disetiap denyutan jantungku,
Ya Allah apakah semua ini istidraj untukku?
Al Fakir hu Illa wallah,
Aslym Faiz
Isnin(20140526)2.17 PM
Friday, May 23, 2014
Coretan Buat Guru
Guru itu manusia mulia,
Mendidik insan daripada yang buta,
Kepada tahu membaca dan mengira,
Berkat kesabaran mendidik insan biasa,
Hingga menjadi proffessor dan pembesar negara.
Guru itu insan terpuji,
Memberi ilmu buat diri yang dhaif ini,
Mengajar erti kehidupan ini,
Daripada insan tidak mengerti apa-apa,
Menjadi insan yang mengetahui segalanya.
Guru itu pekerjaan yang luas,
Daripada guru tadika hingga ke proffessor universiti,
Daripada Ustaz yang mengajar Alif Ba Ta hingga ke pendakwah terkenal negara,
Tetapi janganlah kita semua lupa,
Guru yang termulia dikalangan kita,
Rasulullah SAW sebaik-baik pendidik buat kita.
Guru itu banyak sekali,
Tetapi yang ikhlas sedikit sekali,
Banyak juga yang ikhlas tidak dapat dinafi,
Ada yang hanya mengajar kerana wang dan pangkat semata,
Kerana itu penyampaian hambar kadangkala,
Tetapi yang ikhlas dengan pengajarannya,
Melahirkan insan yang berjasa kepada agama,bangsa dan negara.
Guru itu mudah dicari,
Tetapi yang bergelar murrabi,
Sedikit sahaja dapat dijumpai,
Kerana guru yang bergelar murrabi ini,
Dapat menghidupkan jiwa insan yang telah mati,
Disebabkan kekeringan akhlak yang terpuji,
Murabbi diperlukan bagi mengubah hati insani,
Yang selebihnya hanya bergelar mualim,
Mendidik insan didalam kelas semata,
Tetapi juga berjasa kepada pembangunan negara.
Wahai para murid dan pelajar,
Hormatilah semua guru anda,
Mereka mengajarmu menjadi insan berguna,
Agar kau berjaya dihari muka,
Walaupun dia hanya guru tadika semata,
Tanpanya anda tidak kemana-mana,
Tidak mampu menjadi insan sempurna,
Yang berguna pada agama bangsa dan negara.
Wahai para guru yang pernah membimbing kami,
Maafkan anak didikmu andai pernah menguris hati,
Halalkanlah ilmu yang telah anda beri,
Doa kami sentiasa bersama anda,
Di dalam sujud panjang kami,
Semoga anda sentiasa bahagia,
Dimana sahaja anda berada.
Ya Allah rahmatilah para guru kami,
Tidak kira siapa mereka disisi kami,
Mereka telah mengajar dan membimbing kami,
Berikanlah mereka pahala berpanjangan walaupun ada yang telah pergi,
Dengan segala ilmu yang diamalkan oleh kami,
Mudah-mudahan syurga destinasi mereka nanti,
Kasihilah mereka wahai Rabbi.
Al Fakir hu Illa wallah ,
Aslym Faiz
Jumaat (20140516) 12:35 AM
Tanah Yang Suci
Sambil mengesat air yang bercucuran ini,
Kerana merindui kota ini,
Menyemak lembaran sirah Nabi,
Betapa bumi ini amat suci,
Hingga menggamit jutaan hati,
Menapakkan kaki di lembah ini.
Dalam hayat sesingkat ini,
Tuhanku mewajibkan setiap jiwa pergi,
Walaupun hanya cuma sekali,
Tetapi masih ramai gagal menyedari,
Wang diberi dibawa lari ,
Ke denai dan lembah yang tidak wajib dijejaki,
Amatlah jelek orang sebegini,
Dinar diberi tidak membawanya ke Tanah suci.
Bumi yang barakah ini tiada istimewanya,
Tiada tumbuhan hijau memayunginya,
Hanya Sahara bertukar dengan izinNYA,
Kerana DIA ingin manusia pergi menghadapNYA,
Dengan hati tulus bersimpuh padaNYA,
Disebabkan limpahan kurniaNYA,
Mata yang berlabuh disana,
Pasti berkaca kerana keberkatanNYA.
Apabila insan berpijak disana,
Maka akan terbayanglah segala peristiwa,
Hikayat para rasul yang amat mulia,
Dan perjuangan sahabat menegakkan syiarNYA,
Disebabkan jasad mereka bersemadi di sana,
Ramai tertaut utk ke sana,
Bagi melihat kesan yang ada,
Betapa sukar memperjuangkan agama yang mulia,
Semoga mereka sentiasa dirahmatiNYA.
Ya Allah diri ini rindu untuk ke sana,
Izinkan kaki yang dhaif ini berlabuh walaupun seketika,
Betapa cemburu menatap insan lain melangkah ke sana,
Ingin sekali diri ini bersujud dihadapan kaabah yang dibina,
Juga ingin menitipkan selawat dan rindu,
Buat Nabi junjungan mulia,
Harapanku moga KAU memanggilku ke sana,
Pada suatu saat nanti,
Sebelum aku kembali bertemuMU di barzakh nanti.
Selasa (20140520) 5.00 PM
Kita Pasti Pulang
Sama ada suka mahupun duka,
Sama ada sedia mahupun tidak,
Kerana kita insan biasa,
Punya dosa punya noda.
Kita pasti kembali padaNYA,
Kerana kita dicipta olehNYA,
Dia berhak menentukan segalaNYA,
Insan yang lemah harus bersedia,
Jangan terus ditipu dengan dunia.
Kita pasti dipanggil OlehNYA,
Apabila kita dipanggilNYA,
Tiada jalan pulang semula,
Tiada siapa dapat membantu kita,
Hanya amal peneman setia.
Kita pasti dihitung disana,
Bagi disempurnakan segala pahala dan dosa,
Untuk menyaksikan siapa yang benar dan dusta,
Siapa yang ikhlas beramal kepadaNYA,
Atau hanya berpura-pura.
Kita pasti disempurnakan ganjaranNYA,
Sama ada nikmat mahupun azab,
Sama ada syurga mahupun neraka,
Bersedialah sebelum ajal menjelma,
Agar kematian tidak sia-sia,
Tetapi menjadi jalan untuk ke syurga.
Kita harus insaf segera,
Taubat dan istighfar sepenuh jiwa,
Beramallah dengan sepenuh raga,
Agar kematian menjadi kerehatan buat kita,
Setelah bersusah payah diuji di dunia.
Ingatlah saat kita dilahirkan,
Kita menangis insan lain ketawa,
Kerana gembira dengan kehadiran kita,
Begitu juga saat kita pulang kepadaNYA,
Insan lain menangis kehilangan kita,
Mudah-mudahan kita tersenyum saat insan lain berduka,
Berbahagia kembali kepadaNYA,
Tamatlah sudah kisah duka,
Di pentas dunia yang penuh fana.
Ingatlah saat kita dilahirkan,
Kita diazan dan diiqamahkan,
Tiada solat yang menyambut kita,
Tetapi apabila kematian menjemput kita,
Kita disolat tanpa diazankan,
Ianya seolah-olah isyarat Maha Esa,
Azan semasa dilahirkan untuk kematian kita,
Mudah-mudahan kita tenang disana,
Kubur menjadi taman syurga,
Bukan satu daripada lubang neraka,
Insha Allah syurga destinasi terakhir kita.
Khamis (20140508) 5.48 PM
Bersabarlah Wahai Diri
Bukan semua orang suka apabila kita cuba mendekati,
Agama yang dimuliakan oleh Allah ini,
Ramai orang akan mengkritik dan mencaci maki,
Kerana dakwah kita ini,
Bukan sahaja orang dari luar sendiri,
Termasuklah juga kaum keluarga terdekat sendiri,
Mungkin kerana perasaan mereka 'dry'(kontang) terhadap agama ini,
Mudah-mudahan Allah memberikan hidayah buat mereka disuatu hari nanti.
Jangan bimbang duhai hati,
Kerana Abu Lahab Bapa Saudara Nabi SAW sendiri,
Menjadi penentang kuat kepada ajaran Nabi yang mulia ini,
Begitu juga Nabi Ibrahim sendiri,
BapaNya penentang kuat ajaran yang dibawa oleh Ibrahim AS ini,
Bersabarlah kerana pahala sedia menanti,
Bagi mereka yang sanggup istiqamah dengan ajaran agama ini.
Jangan takut wahai diri ini,
Mungkin disaat ini kau dicaci dan dimaki,
Kau juga dianggap penderhaka pada detik ini,
Mungkin disuatu saat nanti kau kan jadi wira bagi setiap hati,
Lihatlah apa yang terjadi kepada Imam Ahmad Bin Hanbal sendiri,
Begitu juga dengan Syed Qutb sendiri,
Pada zaman itu mereka dianggap sebagai penderhaka disetiap jiwa yang khianat dan dengki,
Tetapi setelah zaman berlalu pergi,
Mereka menjadi wira dan inspirasi generasi kini.
Jangan gelisah wahai jiwa yang tenang ini,
Ingatlah Kisah Uwais Al-Qarni,
Dia dipandang hina dan keji,
Oleh setiap mata yang membanggakan keturunan dan diri,
Sedangkan Uwais merupakan insan yang terpuji,
Disisi Allah dan Rasul yang dicintai.
Bersabarlah kerana kehidupan yang bersifat sementara ini,
Dunia memang dicipta dengan segala perhiasan yang menipu dan dikeji,
Hanya jiwa yang tenang mampu mengharungi,
Yang gopoh pasti tenggelam dalam gelombang dunia ini,
Akhirat juga sebaik2 tempat kembali,
Syurga disediakan jika kau sanggup bersabar dengan dunia ini,
Bidadari pasti tersenyum buat diri yang sanggup istiqamah mengharungi segala ujian ini,
Burung2 syurga pasti sedia berkicau buat diri yang bersabar ini,
Wahai Tuhan jadikan kesusahan dunia ini,
Sebagai jalan untuk aku berehat tenang diakhirat nanti,
Sediakan syurga Firdaus buat diri yang hina ini,
Dengan rahmatMU Ya Rabbi.
Rabu (20140430) 10.23 PM

