Powered By Blogger

Saturday, November 26, 2011

Agungnya Penghijrahanmu Wahai Rasulullah

Hijrah dari sudut bahasa bererti perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain, manakala dari istilah syarak bererti perpindahan Rasulullah S.A.W. dan para sahabat dari Kota Mekah ke Kota Madinah . Betapa agungnya penghijrahan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. dan para sahabat baginda . Penghijrahan baginda S.A.W. dan para sahabat mengandungi banyak hikmah yang boleh diambil pengajaran .

Antara hikmah yang terdapat di dalam penghijrahan baginda ialah yang pertama saat Rasulullah S.A.W. sampai di kota Madinah ketika disambut oleh penduduk Madinah dengan selawat baginda pun berkhutbah diatas unta Milik baginda S.A.W..Antara pesanan baginda ialah menyeru umat manusia untuk "menyebarkan salam" sesama Umat Islam . Hal ini kerana dengan menyebarkan salam telah menyebabkan kesatuan di antara Kaum Muhajirin dan Ansar.

Seterusnya ,baginda juga berpesan supaya "menjamu orang lain untuk makan" . Hal ini kerana dengan menjamu orang lain makan akan menyebabkan tersambungnya silaturrahim sesama Islam . Selain itu , baginda juga berpesan kepada umat manusia untuk "menyambung silaturrahim"..Hal ini kerana dengan menyambung silaturrahim telah berjaya membuatkan negara islam Madinah menjadi maju setelah beberapa tahun penghijrahan Rasulullah S.A.W. dengan para sahabat .

Pesanan baginda S.A.W. yang keempat ialah baginda menyeru umat islam untuk bangun "menunaikan solat di sepertiga malam".Sesungguhnya solat di sepertiga malam terdapat banyak faedah kerana ia dapat memberikan peluang kepada kita untuk bermunajat dan memohon ampun serta memohon apa sahaja hajat kepada Allah S.W.T.  .Hal ini juga kerana doa yang dipohon di sepertiga malam sangat mustajab kerana ada hadis yang menyatakan bahawa di sepertiga malam Allah S.W.T akan turun di langit dunia untuk mendengar rintihan hamba-hambaNYA.

Antara hikmah lain yang boleh diambil daripada peristiwa hijrah ini ialah kesatuan diantara suku Aus dan Khazraj yang mana sebelum kedatangan Rasullulah dua puak ini tidak habis-habis bermusuh-musuhan di antara satu sama lain.Mereka telah disatukan dan diberi gelaran sebagai golongan Ansar oleh Baginda S.A.W..Seterusnya , penghijrahan juga telah menyebabkan usaha dakwah Rasullullah S.A.W. dapat dipergiat kerana ketika di Kota Mekah Umat Islam ditindas oleh golongan Arab Quraish yang tidak suka dengan usaha dakwah baginda.

Akhir sekali, penghijrahan baginda S.A.W. juga telah membawa "hukum hudud".Hukum hudud yang telah dibawa oleh Rasullulah S.A.W. di Kota Madinah telah menyebabkan keamanan kepada Kota ini .Hal ini kerana sepanjang 10 tahun baginda memerintah Madinah hanya cuma terdapat dua kes kecurian sahaja. Subhanallah bertapa agungnya hukum yang di bawa oleh Rasulullah S.A.W. sehingga hampir tidak ada kes jenayah selama 10 tahun baginda memerintah.


No comments:

Post a Comment