Powered By Blogger

Sunday, December 25, 2011

Jangan Berkata Kubur Lain-Lain

Sahabat A : Assalamualaikum Bro .

Sahabat B : Waalaikummussalam Bro.

Sahabat A : Jom kita gi sembahyang sekali bro.

Sahabat B : Takpelah bro ko pergilah aku malas  aku ada kerja bro.

Sahabat A : Bro asal ko tak sembahyang?

Sahabat B : Suka Hati akulah tak nak sembahyang korang boleh buat apa dengan aku?Aku tak sembahyang tapi aku tetap hidup mewah.Kubur lain2 apa ko nak kisah.Kubur aku biar aku jaga sendiri .

Sahabat A : Bro memang kubur kita lain2 tapi aku takut bila mati nanti kita berjiran dalam kubur .Nanti bila kau kena pukul dengan malaikat aku pun tak senang nak berehat dalam kubur.Ingatlah memang kubur lain2 tapi kau jangan lupa yang akan memandikan , mengkapankan dan menyembahyangkan jenazah kau pun orang lain.

Sahabat B : Ok bro terima ksih di atas nasihat anda.Assalamualaikum.

Sahabat A : Waalaikummussalam bro.

Wallahualam renung2kan.

Sunday, December 18, 2011

Kiblat Yang Satu

Sahabat A : Assalamualaikum Bro .

Sahabat B : Waalaikummusalam bro.

Sahabat A : Bro aku ada satu soalan nak tanya dengan kau.

Sahabat B : Ya boleh saja aku akan menjawab soalan kau dengan semampu yang boleh .

Sahabat A : Bro asal korang sembahyang menghadap kaabah. Kaabah tu kan seperti sebuah kotak hitam.Tak ke bila korang sembahyang seolah2 korang sembah benda tu(kaabah).Serupa apa macam orang2 kafir yang sembah patung2 berhala?

Sahabat B : Bro Kaabah tu merupakan satu petunjuk(kiblat) untuk kita menyembah Allah yang Esa bukannya bermaksud kita menyembah kotak hitam (kaabah) tu.Niat kita biarlah kerana Allah bukannya kerana menyembah kaabah.Cube bro bayangkan kalaulah kita takda petunjuk ( kiblat) yang sama mesti kita akan nampak tak selaras bila kita sembahyang.Bayangkanlah ada orang yang akan solat menghadap kehadapan , kebelakang ,ke kiri dan ke kanan di dalam masjid , tak ke nampak hodoh dan tak teratur.Bila kita ada kiblat yang sama menunjukkan bahawa kita menuju kepada tuhan yang satu dan seterusnya menunjukkan kesatuan di dalam kalangan umat Islam..Wallahualam.

Sahabat B : Oh kalau begitu barulah aku faham terima kasih dengan penerangan yang bro berikan,mudah-mudahan Allah sentiasa merahmati bro.Syukrun , Jazakallah Khairan.

Sahabat A : Sama-sama semoga Allah turut merahmati bro.Sesungguhnya segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik itu datang dari kelemahan diri saya sendiri wallahualam.

Sunday, November 27, 2011

Di Saat Matahari Senjengkal Di Atas Kepala

Di Padang Mahsyar nanti manusia akan pergi berjumpa dengan para nabi dan Rasul untuk memohon syafaat :

1) Nabi Adam:
Manusia: Wahai Adam engkau bapa kami tolonglah kami ,kami tak tahan dengan panas Mahsyar
Nabi Adam : Wahai umatku aku pernah memakan buah yang dilarang sesungguhnya Allah sangat  murka pada aku , pergilah sekalian kamu bertemu dengan Nabi Nuh

2) Nabi Nuh :
Manusia : Wahai Nuh engkau bapa kami yang kedua tolonglah kami ,kami tak tahan dengan panas Mahsyar.
Nabi Nuh : Wahai umatku sesungguhnya Allah s.w.t. telah murka pada aku kerana aku pernah memohon ampun buat anakku yang kafir.Pergilah sekalian kamu bertemu dengan Nabi Musa

3 ) Nabi Musa :
Manusia : Wahai Musa tolonglah kami sesungguhnya engkau boleh berkata-kata dengan tuhan , kami tak tahan dengan panas Mahsyar
Nabi Musa : Wahai umatku sesungguhnya aku sangat malu untuk bertemu dengan Allah kerana aku pernah membunuh seseorang , pergilah kamu kepada Nabi Ibrahim

4)Nabi Ibrahim :
Manusia : Wahai Ibrahim tolonglah kami sesungguhnya engkau kekasih Allah , kami tak tahan dgn panas Mahsyar
Nabi Ibrahim : Wahai umatku sesungguhnya di dalam hidupku aku pernah berbohong kepada umatku sebanyak 3 kali , sesungguhnya aku sangat malu untuk bertemu dengan Allah. Pergilah sekalian kamu kepada Isa .

5 ) Nabi Isa :
Manusia : Wahai Isa tolonglah kami , kami tak tahan dengan panas Mahsyar
Nabi Isa : Wahai umatku sesungguhnya aku malu untuk bertemu dengan Allah kerana sebahagian daripada kamu pernah menganggapku sebagai anak Tuhan . Pergilah sekalian kamu bertemu dengan Muhammad.

6 ) Nabi Muhammad :
Manusia : Wahai Muhammad engkau Rasulullah , tolonglah kami sesungguhnya kami tak tahan degan panas Mahsyar .
Nabi Muhammad : Wahai Umatku aku akan memohon syafaat buat sekalian kamu daripada Allah s.w.t.

Subhanallah betapa beruntungnya menjadi Umat Nabi Muhammad S.A.W. .Di saat para nabi dan rasul yang lain menolak  daripada memberikan syafaat buat kita , betapa kasihnya Baginda S.A.W. untuk menolong dengan memberikan syafaat buat kita..Wallahualam.
 

Saturday, November 26, 2011

Agungnya Penghijrahanmu Wahai Rasulullah

Hijrah dari sudut bahasa bererti perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain, manakala dari istilah syarak bererti perpindahan Rasulullah S.A.W. dan para sahabat dari Kota Mekah ke Kota Madinah . Betapa agungnya penghijrahan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. dan para sahabat baginda . Penghijrahan baginda S.A.W. dan para sahabat mengandungi banyak hikmah yang boleh diambil pengajaran .

Antara hikmah yang terdapat di dalam penghijrahan baginda ialah yang pertama saat Rasulullah S.A.W. sampai di kota Madinah ketika disambut oleh penduduk Madinah dengan selawat baginda pun berkhutbah diatas unta Milik baginda S.A.W..Antara pesanan baginda ialah menyeru umat manusia untuk "menyebarkan salam" sesama Umat Islam . Hal ini kerana dengan menyebarkan salam telah menyebabkan kesatuan di antara Kaum Muhajirin dan Ansar.

Seterusnya ,baginda juga berpesan supaya "menjamu orang lain untuk makan" . Hal ini kerana dengan menjamu orang lain makan akan menyebabkan tersambungnya silaturrahim sesama Islam . Selain itu , baginda juga berpesan kepada umat manusia untuk "menyambung silaturrahim"..Hal ini kerana dengan menyambung silaturrahim telah berjaya membuatkan negara islam Madinah menjadi maju setelah beberapa tahun penghijrahan Rasulullah S.A.W. dengan para sahabat .

Pesanan baginda S.A.W. yang keempat ialah baginda menyeru umat islam untuk bangun "menunaikan solat di sepertiga malam".Sesungguhnya solat di sepertiga malam terdapat banyak faedah kerana ia dapat memberikan peluang kepada kita untuk bermunajat dan memohon ampun serta memohon apa sahaja hajat kepada Allah S.W.T.  .Hal ini juga kerana doa yang dipohon di sepertiga malam sangat mustajab kerana ada hadis yang menyatakan bahawa di sepertiga malam Allah S.W.T akan turun di langit dunia untuk mendengar rintihan hamba-hambaNYA.

Antara hikmah lain yang boleh diambil daripada peristiwa hijrah ini ialah kesatuan diantara suku Aus dan Khazraj yang mana sebelum kedatangan Rasullulah dua puak ini tidak habis-habis bermusuh-musuhan di antara satu sama lain.Mereka telah disatukan dan diberi gelaran sebagai golongan Ansar oleh Baginda S.A.W..Seterusnya , penghijrahan juga telah menyebabkan usaha dakwah Rasullullah S.A.W. dapat dipergiat kerana ketika di Kota Mekah Umat Islam ditindas oleh golongan Arab Quraish yang tidak suka dengan usaha dakwah baginda.

Akhir sekali, penghijrahan baginda S.A.W. juga telah membawa "hukum hudud".Hukum hudud yang telah dibawa oleh Rasullulah S.A.W. di Kota Madinah telah menyebabkan keamanan kepada Kota ini .Hal ini kerana sepanjang 10 tahun baginda memerintah Madinah hanya cuma terdapat dua kes kecurian sahaja. Subhanallah bertapa agungnya hukum yang di bawa oleh Rasulullah S.A.W. sehingga hampir tidak ada kes jenayah selama 10 tahun baginda memerintah.


Friday, November 11, 2011

Indahnya Wasilul Arham Pada 11.11.11

Assalamualaikum Warahmatullah wabarokhatuh , 
Alhamdullilah segala puji bagi Allah Tuhan pemilik seluruh alam hanya dia yang berhak di sembah dan tiada yang selayakNYA disembah melainkan Allah s.w.t.. Pertama sekali penulis ingin mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t. yang memberikan kesempatan untuk menulis semula blog ini .

Bersyukur yang tidak terhingga kerana pada tanggal 11.11.11. di saat semua manusia terutamanya golongan kafir dan musyrik sedang kononnya sibuk dengan tarikh keramat ini yang penuh dengan spekulasi ada yang berkata dunia bakal mengalami kehancuran dan sebagainya , penulis diberikan kesempatan untuk dipertemukan dengan kawan penulis yang sudah 11 tahun lamanya tidak bertemu. Bertepatan dengan tarikh ini 11.11.11 dalam tak sedar rupa-rupanya dah 11 tahun penulis tidak bertemu dengan kawan penulis yang bernama Nor Shafinaz .

Subhanallah Maha Kuasanya Allah s.w.t. dunia ciptaanNYA yang Maha Luas ini tidaklah seluas mana jika kita memandangnya dari dimensi akhirat . Sejauh mana pun seseorang itu pergi akhirnya pasti bertemu jua.Alhamdullilah bersyukur aku ke hadratMU kerana mempertemukan aku dengan hambaMU yang bernama Nor Shafinaz .Terima kasihlah kepada tuan empunya facebook kerana mencipta laman sosial yang memang kadagkala membawa keburukan dari satu sudut tetapi juga membawa kebaikan dari sudut yang lain . Rupa-rupanya baru penulis tersedar bahawa facebook juga ruang untuk 'wasilul arham' atau ruang untuk menyambung silaturrahim bagi mereka yang sudah lama tidak bertemu .

Bagaimanakah pertemuan ini berlaku ?

Pertama sekali takdir tuan punya alam dengan secara tiba - tiba apabila penulis 'log in' , penulis tengok di atas sekali di laman sosial facebook penulis terdapat lambang 'one new friend request' . Seterusnya bila penulis klik di ikon 'new friend request " nampaklah seorang wanita yang bernama Nor Shafinaz mula - mula penulis malas nak approve sebab tak berapa kenal . Selapas diamati wajah wanita tersebut penulis dah mula ingat sikit-sikit lalu penulis pun 'approve'. Bila 'approve' ja terus wanita tersebut post kat wall penulis 'thanx approve aku naa'..Lepas tu penulis reply dan tanya rasa macam pernah jumpa tapi kat mana . Lepas tu dia kata kat penulis 'kita sksn lah' . Habih tu penulis dah confident sapa hamba Allah ni .
Selepas itu , penulis terus invite Nor Shafinaz masuk grup sksn '98-03' yang di lancarkan oleh penulis dilaman facebook ini.Grup sksn ni pun sebenarnya dah lama tak aktif bila Nor Shafinaz ni masuk teruih riuh-rendah dibuatnya .Akhirnya , semua pakat dok 'chatting' ramai-ramai dekat chat box grup ni sampailah pukul 3 pagi . Punyalah lama orang kata kalau boleh tak maw berenti langsung sembang kat chat box ni.

Kadang-kadang penulis berkata - kata seorang diri kalaulah tuan punya facebook ni seorang Muslim tentulah pahala dia tersangat besar kerana page yang dia cipta ni jadi medan untuk menyambung silaturrahim dan berdakwah . Mudah-mudahan pencipta laman sosial facebook ni jadi seorang Muslim .Amin.

Kepada rakan-rakan SKSN sekalian terus-terang penulis cakap penulis rindu sangat-sangat saat suka duka kita dekat SKSN .Penulis berdoa mudah-mudahan hubungan kita semua berkekalan hinggalah ke syurga . Bukan bercinta sahaja sampai ke syurga . Kalau boleh biarlah bersahabat pun sampai ke syurga .Amin .

Akhir sekali , benarlah Rasullulah s.a.w. pernah bersabda antara salah satu ciri untuk mendapat 'halawatul iman ' atau kemanisan iman ialah dua orang sahabat yang berkasih sayang kerana Allah dan pertemuan serta perpisahan mereka juga kerana Allah s.w.t..

Sekian dulu buat waktu ini .Salam ukhuwah..:)


Monday, August 22, 2011

Sempurnakah Ramadhan Ku ?

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarokatuh,

Dalam sibuk kita untuk membuat persiapan aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi dan ditambah dengan saki baki ramadhan yang masih tinggal tidak kurang beberapa hari lagi adakah pernah terdetik dihati kita untuk bertanya sama ada ramadhan yang telah kita lalui pada tahun ini telah benar- benar mendidik jiwa kita untuk menghadapi 11 bulan yang akan mendatang .

Pernahkah juga kita tertanya apakah Ramadhan kita telah diterima dan segala dosa-dosa kita telah diampun oleh Allah s.w.t. .Dalam pada itu apakah saudaraku sekalian masih mengingati 3 doa yang diaminkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. yang telah didoakan oleh Jibrail a.s. .

  Ketika Nabi s.a.w. menaiki tiga anak tangga mimbar baginda berhenti di setiap anak tangga dan mengucapkan amin di ketiga-tiga anak tangga tersebut . Para sahabat lalu tertanya-tanya apakah sebenarnya yang telah diaminkan oleh Rasulullah s.a.w. . Hal ini telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah katanya :

“Nabi SAW menaiki mimbar, kemudian baginda berkata: amin, amin, amin. Ditanya kepada baginda: “Wahai Rasulullah, tuan menaiki mimbar dan mengucapkan amin, amin, amin?” Baginda SAW menjawab: “Jibril AS datang kepadaku, dan berkata: “Sesiapa yang berada dalam bulan Ramadhan, lalu Allah tidak mengampunkan dosanya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka dan akan dijauhkannya, katakan (wahai Muhammad) amin,” Lalu aku (Nabi SAW) pun menyebut “amin”.

Jibril berkata lagi: “Wahai Muhammad, sesiapa yang memiliki dua orang tuanya atau salah seorang mereka, namun dia tidak berbuat kepada mereka berdua, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah akan menjauhkannya, katalah amin.” Lalu akupun berkata: “Amin”.

Berkata Jibril lagi: “Sesiapa yang mendengar namamu disebut, tetapi dia tidak berselawat kepadamu, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah akan menjauhkanya, katalah amin.” Lalu aku pun menyebut: “Amin.” 

Salah satu doa yang diaminkan ialah berkenaan sesiapa yang tidak merebut peluang untuk mendapat keampunan Allah s.w.t. pada bulan ramadhan maka dia antara orang yang akan rugi kerana akan dimasukkan kedalam neraka Allah s.w.t.

Apakah kita diantara golongan manusia yang diberikan peluang untuk berada di dalam bulan ramadhan termasuk di dalam doa yang diaminkan oleh baginda s.a.w. .

Oleh itu saudaraku sekalian ingatlah doa yang diaminkan oleh Rasullulah s.a.w. ini dan rebutlah peluang yang masih berbaki tidak berapa hari ini untuk mencari keampunan Allah s.w.t. .Raya - raya juga tapi jangan lupa untuk mencari peluang yang masih tinggal . Takut-takut inilah ramadhan yang terakhir buat kita.

Wallahualam.


Saturday, July 2, 2011

Muhammad S.A.W. Seorang Rasul dan Microbiologist

Di dalam sibuk kita membicarakan mengenai penyakit Influenza A (H1N1) yang menjadi Epidemik sejak akhir-akhir ini tergerak di hati penulis untuk menulis mengenai kekasih agung kita Rasulullah S.A.W. yang juga merupakan pakar dalam bidang ilmu mikrobiologi . Yakni ilmu mengenai microorganisma yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti Virus , Bakteria , Fungus , Protozoa dan sebagainya .





    Hal ini dapat dibuktikan dengan kaedah 'kuaratin' yang sebenarnya telah lama diamalkan oleh Rasulluah S.A.W. dalam mencegah penularan wabak penyakit berjangkit seperti H1N1 ini . Hal ini seperti yang disabdakan oleh Rasullulah S.A.W. yang bermaksud : "Jika kamu mendengar sesuatu wabak menular di sebuah tempat , janganlah kamu memasuki kawasan itu . Namun jika wabak tersebut merebak di tempat kamu , janganlah kamu meninggalkan kawasan tersebut . " ( Riwayat Bukhari dan Muslim ) .

   Inilah sistem kuaratin yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. . Sistem ini menegaskan bahawa semua penduduk di kawasan yang terkena wabak dilarang meninggalkan kawasan itu dan mereka dari luar juga dilarang daripada memasuki kawasan wabak tersebut .Hal ini terbukti setelah berlaku penemuan mikroorganisma dan manusia mula mengkaji bagaimana organisma - organisma itu merebak . Nabi Muhammad S.A.W. juga telah memberikan jaminan mati syahid kepada mereka yang tidak meninggalkan kawasan yang mereka duduki dan kecelakaan buat mereka yang lari dari kawasan wabak penyakit tersebut . Seperti sabda baginda S.A.W. yang bermaksud :

" Sesiapa yang lari dari kawasan wabak , mereka umpama lari dari medan jihad dijalan Allah S.W.T. dan sesiapa yang bersabar dan menetap didalamnya maka dia akan dianugerahkan mati syahid " ( Riwayat Ahmad) . 

Subhanallah sungguh hebat dan takjubnya bagaimanakah Rasullulah S..A.W. mendapat kaedah ini. Tidak lain tidak bukan tentulah dari Yang Maha Agung .Dalam tak  sedar juga Islam sebenarnya telah mengajar penganut untuk membersihkan diri dari segala kekotoran misalnya kita Disuruh untuk berwuduk sebelum solat dan dilakukan sebanyak lima kali sehari dan ini membuktikan islam amat menitikberatkan kebersihan yang jika tidak dijaga akan menyebabkan berlakunya penyebaran penyakit oleh organisma - organisma ini.

Disamping itu, Islam juga mengajar adab-adab bersin misalnya mengucapkan 'Alhamdullilah' ketika bersin dan yang mendengarnya mengucapkan  'Yarhamukallah' bagi orang yang bersin . Dalam tak sedar kita sudah mendoakan untuk kebaikan antara satu sama lain dan seterusnya jika garis panduan seperti adab ketika bersin dipatuhi sudah semestinya akan mengelakkan penularan wabak penyakit .

Akhir sekali , Rasullulah juga amat menitikberatkan mengenai kebersihan di persekitaran rumah seperti sabda baginda S.A.W. : 

"…bersihkanlah halaman dan pekarangan rumah kamu daripada kotoran dan sampah- sarap. Janganlah kamu menyerupai rumah orang Yahudi.” (Riwayat At Tirmizi). "

Alangkah indahnya sekiranya kita dapat mengikuti kaedah yang ditetapkan oleh islam dalam mengelakkan diri dari tersebarnya wabak penyakit . Jelaslah juga bahawa islam sebenarnya telah mendahului zaman dalam kajian mengenai ilmu yang melibatkan mikroorganisma . Segalanya datang dari wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada kekasih kita Muhammad S.A.W. 

Sabar itu indah




Seringku teringat kata ini ,
Sabar itu memang indah ,
Tapi sukar benar diaplikasikan ,
Bagi mereka yang teruji .

Yang melihat hanya mengucapkan ,
Yang teruji takkan bisa melewati ,
Tanpa istigfar dan ucapan istirja ,
Pasti tenang hati dan jiwa .

Sabar itu memang indah ,
Bagi yang dapat melewatinya ,
Dijanjikan ganjaran buat yang tabah ,
Syurga menanti buat yang mengerti .

Pesanan rasul jadi pegangan ,
buat bekalan menuju pengkalan ,
Sabar dan solat jadi amalan ,
Pastikan tenang hati yang bimbang.

Al Fakir hu Illa wallah ,

Aslym Faiz

Saturday, May 28, 2011

Karak




Semalam penulis pergi menyaksikan filem Karak arahan Yusry Kru . Cerita yang berkisar mengenai sejarah yang berlaku di lebuhraya Karak . Memang agak menarik ceritanya walaupun terdapat banyak putar belit dalam jalan ceritanya tetapi terdapat banyak pengajaran yang dapat diperoleh melalui filem ini . Antara pengajaran yang boleh diperoleh ialah janganlah sesekali kita lupa untuk menunaikan solat dan janganlah kita hanya pandai membaca Al- quran tetapi tidak memahami maksud ayat tersebut dan juga tidak yakin dalam pengamalan sesuatu ayat Al- quran yang di baca .Janganlah kita hanya mengaku beriman tetapi apabila kita terlihat kelibat  seperti makhluk halus kita merasa gentar dan takut . Disamping itu , Filem ini juga menunjukkan bertapa banyaknya godaan dari iblis laknatullah sehinggalah ke saat kita hendak menghembuskan nafas yang terakhir .  Sebagai konklusinya janganlah sesekali kita melupakan Allah s.w.t. dalam apa jua keadaan dan ketika . Janganlah kita lupa bahawa Allah s.w.t. pernah mengingatkan kita bahawa jika kita menjaga Allah maka Allah akan menjaga kita  Akhir kata Filem karak the best. :)

Monday, April 18, 2011

Tuhan Suruh Umat Muhammad Insaf ( TSUNAMI)

Baru -baru ini kita digegarkan lagi mengenai bencana Tsunami yang  telah melanda sebuah negara yang cukup hebat dengan teknologinya iaitu negara Jepun  . Bagaimana perasaan kita apabila kita apabila mendengar sebuah negara yang cukup hebat dari segi teknologinya boleh dimusnahkan oleh gelombang Tsunami yang cukup hebat ini . Mungkin kita boleh berbangga dengan segala teknologi yang hebat ini tetapi mungkin juga disebalik kehebatan pencapaian teknologi itu kita lupa berkenaan pencipta di sebalik pencipta teknologi itu .Siapakah pencipta di sebalik pencipta teknologi itu ? Tidak lain dan tidak bukan ialah Allah s.w.t. tuhan pemilik alam ini . Kenapakah agaknya semenjak akhir - akhir ini terlalu banyak bencana - bencana alam menimpa kita ? Apakah kita telah menghitung mungkin di sebabkan dosa - dosa dan maksiat yang kita lakukan telah mengundang kemurkaan Allah s.w.t. atau mungkin juga kerosakan - kerosakan yang telah kita lakukan di atas bumi ini terlalu banyak seperti firmanNya :

"Kerosakan telah nampak di darat dan di laut kerana tangan-tangan manusia sendiri mengusahakan, supaya Dia merasakan kepada mereka sebahagian daripada apa yang mereka buat, supaya mereka kembali." (30:41)

Pernahkah kita cuba memikirkan kenapa agaknya bencana - bencana alam kerap berlaku sejak akhir - akhir ini walaupun berbagai - bagai sistem amaran untuk mengesan Tsunami  dipasang tetapi ternyata kita masih tidak mampu untuk melawan gelombang yang cukup hebat ini . Mungkin juga kita terlupa dan terlalu asyik mengejar nikmat dan gelombang teknologi sehingga kita lupa untuk meningkatkan keimanan dengan mensyukuri segala apa yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. Mungkin juga kita telah mengundang kemurkaan Allah s.w.t. disebabkan oleh maksiat - maksiat yang telah kita lakukan . Seperti FirmanNYA dalam surah Al-A'raf ayat 133 :

"Telah Kami kirimkan ke atas mereka (umat Nabi Musa) ribut taufan, belalang, kutu, katak dan darah, sebagai tanda yang cukup jelas keingkaran mereka terhadap ajaran Nabi Ibrahim, mereka menyombong diri dan sesungguhnya mereka adalah golongan penjenayah (yang melakukan kerosakan di muka bumi)'"

Ingat dan kembalilah ke jalan Allah dengan melakukan segala suruhanNYa dan meninggalkan segala laranganNYA . Insaf dan hisablah di atas segala kesilapan dan dosa - dosa kita yang kemalrin serta janganlah kita terlalu sombong dengan segala pencapaian kita dengan mengenepikan Sang Pemilik Alam ini bertaubatlah dan mohonlah keampunan dariNYA . 



Monday, April 11, 2011

Body Mass Index ( BMI ) V.S. Body Mass Iman ( BMI )


( BMI ) . Apakah yang dimaksudkan dengan BMI ini secara saintifiknya . Dari sudut sains BMI boleh diertikan sebagai ukuran statistik terhadap skala lemak badan berdasarkan kepada tinggi dan berat ideal.Tujuannya adalah untuk mengetahui sama ada ideal atau tidak berat badan kita mengikut ketinggian kita berdasarkan skala tertentu . Walaubagaimanapun memang inilah yang menjadi idaman setiap di antara kita bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan yang baik disamping dapat mengelakkan kita dari mempunyai berat badan yang melampau yang dikenali sebagai obesiti . Obesiti akan menyumbang kepada gejala penyakit yang lain seperti sakit jantung . Mengekalkan berat badan yang ideal juga dapat menjamin kesasaan yang menjadi idaman setiap lelaki untuk kelihatan lebih maskulin ditambah dengan membuat senaman dan sebagainya . 

Persoalannya di sini anda mungkin kelihatan sasa pada zahiriah sahaja tetapi bagaimanakah kesasaan dari segi batniyah atau 'spiritually' . Dalam erti kata lain sudahkah anda mengukur Body Mass Iman ( BMI ) anda .Antara faktor yang perlu diambil kira sebelum memulakan pengiraan Body Mass Iman anda ialah :
  1. Pertama sekali sudahkah anda menunaikan solat dengan penuh istiqamah ?
  2. Bagaimana pula dengan solat anda adakah ia penuh dengan ihsan dan tawaduk ?
  3. Selain itu ,  adakah anda telah mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi segala-galanya ataukah ia hanya satu pengungkapan di dalam syahadah semata-mata sahaja dan tidak terkesan di hati ?
  4. Apakah anda telah mengasihi sesama manusia bertemu dan berpisah kerana Allah s.w.t. ?
  5.  Adakah anda tidak merasa gentar dengan amaran - amaran Allah s.w.t. mengenai azab siksaan neraka dan kenikmatan yang bakal dikecapi oleh penghuni syurga ?
 Jika anda berjaya menjawab segala persoalan ini semestinya anda telah lulus dalam pengiraan Body Mass Iman anda . Dimanakah agaknya skala anda 5/5 atau hanya 1/5 sahaja ? Jika anda berada di skala 5/5 bermakna anda sudah mempunyai Body Mass Iman yang ideal .Andai kata skala anda hanya 1/5 sahaja anda boleh mencuba tips ini :

  1. Baca quran dan fahami maknanya
  2. Solat malam dan bermunajat padaNYA
  3. Duduk bersama orang2 soleh
  4. Banyakkan berpuasa sunat
  5. Berzikir setiap waktu dan keadaan
Adakah anda mampu untuk melaksanakan tips ini??Jika tidak mampu cubalah sedikit demi sedikit dengan berterusan dan penuh istiqamah. Janganlah berputus asa jika anda tidak mampu untuk mencapai Body Mass Iman yang ideal kerana peluang untuk medapatkan Body Mass Iman yang ideal ini sentiasa terbuka selagi mana kita belum dijemput oleh Sang Pencipta .Janganlah hanya ingin kelihatan cantik dan mempunyai Body Mass Index yang baik sahaja sedangkan Body Mass Iman kita hanya boleh diumpamakan bagai kapal dipukul ombak sekejap ke tepi dan sekejap ketengah . Mulakan perubahan hari ini dan lihatlah hasilnya di akhirat sana .


Saturday, April 2, 2011

Dalam tak sedar kita dah mensyirikkan Allah

Pada Era Globalisasi ini begitu ramai yang  tidak sedar bahawa secara tidak langsung  mereka telah menyekutukan Allah S.W.T. dengan  mempercayai Ramalan - Ramalan misalnya Rahsia Tarikh Lahir , Rahsia Tahi Lalat , Rahsia Kumpulan Darah , Rahsia Tarikh Lahir Pasangan , Rahsia Mata Wanita  dan berbagai -bagai lagi aplikasi yang terdapat di laman sosial seperti Facebook .Hal ini amatlah membimbangkan dan membuatkan  aku terpanggil untuk menegur mereka yang terlalu taksub dengan perkara - perkara sebegini .  Baru-baru aku telah mendengar ceramah dari Ustaz Mohd Kazim Elias . Beliau telah menyatakan haram hukumnya mempercayai perkara seperti Rahsia Tarikh Lahir ini . Hal ini kerana Allah S.W.T. telah berfirman dalam Surah Luqman ayat 34 :

Maksudnya : Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat) dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi PengetahuanNya.

Sedarlah bahawa yang menentukan dan mengetahui segala sesuatu itu hanyalah Allah S.W.T. .Dialah yang menciptakan kita dan dialah juga yang berhak memberi sesuatu kebaikan atau pun memberi sesuatu mudharat kepada mereka yang diikehendaki oleh-NYA . Kita sebagai manusia juga tidak berhak untuk menilai seseorang berdasarkan pemerhatian karakter dan sebagainya  . Hal ini kerana manusia mampu berubah dan telah dijelaskan oleh Allah S.W.T. dalam firman-NYA :NYe


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"  Surah Ar-Ra'd (ayat 11)


Janganlah dipandang remeh perkara - perkara sebegini kerana mempercayainya boleh membawa kepada mensyirikkan Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T. dalam Surah An-Nisa '  Ayat 48 yang bermaksud :


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar ."


Buat mereka yang terlibat dan mempercayai kepada Rahsia - Rahsia seperti Rahsia Tarikh Lahir dan sebagainya bertaubatlah dan mohonlah keampunan dari Allah S.W.T. sebelum terlambat . 


Ikuti penjelasan lanjut dari Ustaz Mohd Kazim Elias melalui link ini :
http://www.facebook.com/video/video.php?v=127581067313478&oid=125074957541518&comments

Friday, April 1, 2011

DAMAIKAH SOLATKU

Aku berniat sambil bertakbir ,
Menyahut seruan panggilan agung ,
Mengakui kebesaran dalam iftitah ,
Buat menagih ketenangan diri .

Al-Fatihah pembuka bicara kasih ,
Disambung dengan bacaan lain ,
Rukuk dilaksana bukti ketundukan ,
Buat mencari kedamaian diri .

Aku bersujud mengadu kehinaan ,
Mengenang kembali kekurangan diri ,
Diteruskan dengan duduk antara dua sujud ,
Buat memohon kemampunan illahi .

Sujud kembali menghambakan diri ,
Menitis jernih air suci ,
Takutkan noda tiada terperi ,
Bimbang tidak diampun illahi .

Tahiyyat mengaku Allah satu ,
Muhammad pesuruh kekasih illahi ,
Selawat buat Muhammad dan Ibrahim ,
Serta buat kaum kerabatNya .

Selesai Tahiyyat mula berdoa ,
Tertanya adakah hadirnya hati ,
Dalam solat penuh kekurangan ,
Takut tidak diterima Illahi .

Butir jernih mengalir di pipi ,
Mengenang nikmat yang diberi ,
Tapi masih tidak mengenal diri ,
Alpa dan leka tak kenal budi .

Al Fakir hu Illa wallah ,

Aslym Faiz

Friday, March 18, 2011

Hamparan kasih


Aku termanggu dihamparan ini ,
Mencari erti sebuah kasih ,
Kasih abadi cinta suci ,
Dari pemilik maha mengasihi .

Aku termenung dihamparan ini ,
Mengenang kembali noda tersembunyi ,
Adakah masih subur kasih ,
Moga terlerai butir jernih .

Aku tersentak dihamparan ini ,
Mengimbas rahmat tiada terperi ,
Adakah kesyukuran masih bersemi ,
Demi mecari jalan ukhrawi .

Aku terkesan dihamparan ini ,
Mengingati istidraj menggunung tinggi ,
Penawar dicari mensyukuri illahi ,
Buat menjadi pedoman diri .

Aku tercari dihamparan ini ,
Bimbang tiada jalan kembali ,
Istighfar tangis pelindung diri ,
Berharap terjumpa jalan syurgawi .

Al Fakir hu Illa wallah ,

Aslym Faiz

Wednesday, March 9, 2011

Wanita-wanita perindu syurga

Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga. Dalam Al Qur'an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Syurga.

"(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?" (Muhammad : 15)

Nikmatnya Syurga!

Di samping mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah SWT kelak akan mendapatkan pendamping (isteri) dari bidadari-bidadari Syurga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur'an yang mulia, di antaranya :
"Dan (di dalam Syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik." (Al Waqiah : 22-23)
"Dan di dalam Syurga-Syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin." (Ar Rahman : 56)
"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." (Ar Rahman : 58)
"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Al Waqiah : 35-37)
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda beliau :
" ... seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Surga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu 'anhu)
Dalam hadith lain Rasulullah SAW bersabda :
Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorangpun. Di antara yang didendangkan oleh mereka : "Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan." Dan mereka juga mendendangkan : "Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi." (Shahih Al Jami' nombor 1557)

Ciri-ciri Wanita Syurga

Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Surga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.
Di antara ciri-ciri wanita ahli Surga adalah :
01)Bertakwa

02)Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir yang baik dan buruk

03)Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu

04)Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

05)Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

06)Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata

07)Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

08)Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki

09)Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10)Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia

11)Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk

12)Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah)

13)Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14)Berbakti kepada kedua orang tua

15)Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh

Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang disadur dari kitab Majmu' Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

" ... dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar." (An Nisa' : 13)

Untuk lebih menghayati artikel ini saya selitkan lagu dari Munif Ahmad -Bidadari
http://www.youtube.com/watch?v=_Jr1iStv1Lk

Sumber rujukan artikel :