Sedarilah wahai lelaki,
Kau dicipta untuk isteri,
Memimpin keluargamu bukan
menguasai,
Pimpin dengan sistem syura
seperti Nabi,
Jangan Mempimpin dengan cara membuta tuli,
Kuasa veto bukan ajaran Nabi,
Barulah keluarga aman harmoni.
Ketahuilah wahai lelaki,
Sungguh berat amanah diberi,
Memimpin keluarga ke jalan yang
diredhai,
Bawa mereka ke jalan syurgawi,
Bukan hanya mengajar ilmu
duniawi,
Berikan juga ilmu ukhrawi,
Pastikan semuanya menuju ke
syurga nanti,
Kerana ini perintah Rabbul
Izzati,
Selamatkan diri dan keluargamu
dari azab illahi.
Adil lah wahai lelaki,
Dalam Mempimpin keluarga yang
dicintai,
Meletakkan sesuatu pada tempat yang
pasti,
Bukan menyamaratakan secara
sesuka hati,
Kelak dirimu yang susah nanti,
Harus membayar segala harga ini,
Apabila anak dan isterimu
menuntut dihadapan Tuhan nanti,
Saat tiba di mahkamah akhirat
nanti.
Insaflah wahai lelaki,
Sangat berat bebanan diberi,
Segalanya disoal Allah pasti,
Kalau tidak memimpin dengan
tanggungjawab yang diberi,
Bersiap sedialah dihukum nanti,
Api neraka sedang menanti,
Jika gagal melaksanakan dengan
sepenuh jantung hati.
Ayuhlah wahai lelaki,
Jadikan keluargamu baiti jannati,
Barulah anak dan isteri akan
menyayangi,
Pasti Allah menurunkan rahmat dan
kasih sayangNYA nanti,
Tentulah hidup penuh kebahagiaan
dan ketenangan yang abadi,
Insha Allah berbahagia hingga
syurga illahi,
Bersama keluargamu diakhirat
nanti.
Al Fakir hu Illa wallah ,
Aslym Faiz
Isnin ( 20140428 ) 3.10 PM

No comments:
Post a Comment