Bersabarlah duhai hati,
Andai apa yang kau impi,
Masih belum dapat kau miliki,
Bukan kau tidak berusaha sekeras hati,
Cuma takdir yang masih belum menyebelahi.
Kerana semuanya rahsia dan ketentuan Illahi,
Pasti ianya mengandungi hikmah yang tersembunyi,
Agar kau dapat terus berdoa pada malam yang sunyi,
Memohon petunjuk dan kasih sayang Illahi.
Moga dengan ujian ini kau kan lebih mengenali erti
menghargai nikmat kurniaan Illahi,
Ya Allah kasihi hambaMU ini,
Jangan kau terus biarkan hambaMU begini,
Perkenankanlah apa yang hamba ingini,
Kerana kau sahaja yg Maha mengerti hati hambaMU ini.
Ya Rabbi tolonglah hambaMu yang fakir dan dhaif ini.
Al Fakir hu Illa wallah ,
Aslym Faiz
Selasa (20140408)
11.52 AM

No comments:
Post a Comment