Baru -baru ini kita digegarkan lagi mengenai bencana Tsunami yang telah melanda sebuah negara yang cukup hebat dengan teknologinya iaitu negara Jepun . Bagaimana perasaan kita apabila kita apabila mendengar sebuah negara yang cukup hebat dari segi teknologinya boleh dimusnahkan oleh gelombang Tsunami yang cukup hebat ini . Mungkin kita boleh berbangga dengan segala teknologi yang hebat ini tetapi mungkin juga disebalik kehebatan pencapaian teknologi itu kita lupa berkenaan pencipta di sebalik pencipta teknologi itu .Siapakah pencipta di sebalik pencipta teknologi itu ? Tidak lain dan tidak bukan ialah Allah s.w.t. tuhan pemilik alam ini . Kenapakah agaknya semenjak akhir - akhir ini terlalu banyak bencana - bencana alam menimpa kita ? Apakah kita telah menghitung mungkin di sebabkan dosa - dosa dan maksiat yang kita lakukan telah mengundang kemurkaan Allah s.w.t. atau mungkin juga kerosakan - kerosakan yang telah kita lakukan di atas bumi ini terlalu banyak seperti firmanNya :
"Kerosakan telah nampak di darat dan di laut kerana tangan-tangan manusia sendiri mengusahakan, supaya Dia merasakan kepada mereka sebahagian daripada apa yang mereka buat, supaya mereka kembali." (30:41)
Pernahkah kita cuba memikirkan kenapa agaknya bencana - bencana alam kerap berlaku sejak akhir - akhir ini walaupun berbagai - bagai sistem amaran untuk mengesan Tsunami dipasang tetapi ternyata kita masih tidak mampu untuk melawan gelombang yang cukup hebat ini . Mungkin juga kita terlupa dan terlalu asyik mengejar nikmat dan gelombang teknologi sehingga kita lupa untuk meningkatkan keimanan dengan mensyukuri segala apa yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. Mungkin juga kita telah mengundang kemurkaan Allah s.w.t. disebabkan oleh maksiat - maksiat yang telah kita lakukan . Seperti FirmanNYA dalam surah Al-A'raf ayat 133 :
"Telah Kami kirimkan ke atas mereka (umat Nabi Musa) ribut taufan, belalang, kutu, katak dan darah, sebagai tanda yang cukup jelas keingkaran mereka terhadap ajaran Nabi Ibrahim, mereka menyombong diri dan sesungguhnya mereka adalah golongan penjenayah (yang melakukan kerosakan di muka bumi)'"
Ingat dan kembalilah ke jalan Allah dengan melakukan segala suruhanNYa dan meninggalkan segala laranganNYA . Insaf dan hisablah di atas segala kesilapan dan dosa - dosa kita yang kemalrin serta janganlah kita terlalu sombong dengan segala pencapaian kita dengan mengenepikan Sang Pemilik Alam ini bertaubatlah dan mohonlah keampunan dariNYA .
No comments:
Post a Comment