Powered By Blogger

Saturday, April 2, 2011

Dalam tak sedar kita dah mensyirikkan Allah

Pada Era Globalisasi ini begitu ramai yang  tidak sedar bahawa secara tidak langsung  mereka telah menyekutukan Allah S.W.T. dengan  mempercayai Ramalan - Ramalan misalnya Rahsia Tarikh Lahir , Rahsia Tahi Lalat , Rahsia Kumpulan Darah , Rahsia Tarikh Lahir Pasangan , Rahsia Mata Wanita  dan berbagai -bagai lagi aplikasi yang terdapat di laman sosial seperti Facebook .Hal ini amatlah membimbangkan dan membuatkan  aku terpanggil untuk menegur mereka yang terlalu taksub dengan perkara - perkara sebegini .  Baru-baru aku telah mendengar ceramah dari Ustaz Mohd Kazim Elias . Beliau telah menyatakan haram hukumnya mempercayai perkara seperti Rahsia Tarikh Lahir ini . Hal ini kerana Allah S.W.T. telah berfirman dalam Surah Luqman ayat 34 :

Maksudnya : Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat) dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi PengetahuanNya.

Sedarlah bahawa yang menentukan dan mengetahui segala sesuatu itu hanyalah Allah S.W.T. .Dialah yang menciptakan kita dan dialah juga yang berhak memberi sesuatu kebaikan atau pun memberi sesuatu mudharat kepada mereka yang diikehendaki oleh-NYA . Kita sebagai manusia juga tidak berhak untuk menilai seseorang berdasarkan pemerhatian karakter dan sebagainya  . Hal ini kerana manusia mampu berubah dan telah dijelaskan oleh Allah S.W.T. dalam firman-NYA :NYe


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"  Surah Ar-Ra'd (ayat 11)


Janganlah dipandang remeh perkara - perkara sebegini kerana mempercayainya boleh membawa kepada mensyirikkan Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T. dalam Surah An-Nisa '  Ayat 48 yang bermaksud :


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar ."


Buat mereka yang terlibat dan mempercayai kepada Rahsia - Rahsia seperti Rahsia Tarikh Lahir dan sebagainya bertaubatlah dan mohonlah keampunan dari Allah S.W.T. sebelum terlambat . 


Ikuti penjelasan lanjut dari Ustaz Mohd Kazim Elias melalui link ini :
http://www.facebook.com/video/video.php?v=127581067313478&oid=125074957541518&comments

No comments:

Post a Comment