( BMI ) . Apakah yang dimaksudkan dengan BMI ini secara saintifiknya . Dari sudut sains BMI boleh diertikan sebagai ukuran statistik terhadap skala lemak badan berdasarkan kepada tinggi dan berat ideal.Tujuannya adalah untuk mengetahui sama ada ideal atau tidak berat badan kita mengikut ketinggian kita berdasarkan skala tertentu . Walaubagaimanapun memang inilah yang menjadi idaman setiap di antara kita bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan yang baik disamping dapat mengelakkan kita dari mempunyai berat badan yang melampau yang dikenali sebagai obesiti . Obesiti akan menyumbang kepada gejala penyakit yang lain seperti sakit jantung . Mengekalkan berat badan yang ideal juga dapat menjamin kesasaan yang menjadi idaman setiap lelaki untuk kelihatan lebih maskulin ditambah dengan membuat senaman dan sebagainya .
Persoalannya di sini anda mungkin kelihatan sasa pada zahiriah sahaja tetapi bagaimanakah kesasaan dari segi batniyah atau 'spiritually' . Dalam erti kata lain sudahkah anda mengukur Body Mass Iman ( BMI ) anda .Antara faktor yang perlu diambil kira sebelum memulakan pengiraan Body Mass Iman anda ialah :
- Pertama sekali sudahkah anda menunaikan solat dengan penuh istiqamah ?
- Bagaimana pula dengan solat anda adakah ia penuh dengan ihsan dan tawaduk ?
- Selain itu , adakah anda telah mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi segala-galanya ataukah ia hanya satu pengungkapan di dalam syahadah semata-mata sahaja dan tidak terkesan di hati ?
- Apakah anda telah mengasihi sesama manusia bertemu dan berpisah kerana Allah s.w.t. ?
- Adakah anda tidak merasa gentar dengan amaran - amaran Allah s.w.t. mengenai azab siksaan neraka dan kenikmatan yang bakal dikecapi oleh penghuni syurga ?
Jika anda berjaya menjawab segala persoalan ini semestinya anda telah lulus dalam pengiraan Body Mass Iman anda . Dimanakah agaknya skala anda 5/5 atau hanya 1/5 sahaja ? Jika anda berada di skala 5/5 bermakna anda sudah mempunyai Body Mass Iman yang ideal .Andai kata skala anda hanya 1/5 sahaja anda boleh mencuba tips ini :
- Baca quran dan fahami maknanya
- Solat malam dan bermunajat padaNYA
- Duduk bersama orang2 soleh
- Banyakkan berpuasa sunat
- Berzikir setiap waktu dan keadaan
Adakah anda mampu untuk melaksanakan tips ini??Jika tidak mampu cubalah sedikit demi sedikit dengan berterusan dan penuh istiqamah. Janganlah berputus asa jika anda tidak mampu untuk mencapai Body Mass Iman yang ideal kerana peluang untuk medapatkan Body Mass Iman yang ideal ini sentiasa terbuka selagi mana kita belum dijemput oleh Sang Pencipta .Janganlah hanya ingin kelihatan cantik dan mempunyai Body Mass Index yang baik sahaja sedangkan Body Mass Iman kita hanya boleh diumpamakan bagai kapal dipukul ombak sekejap ke tepi dan sekejap ketengah . Mulakan perubahan hari ini dan lihatlah hasilnya di akhirat sana .


No comments:
Post a Comment